Tingkah Laku Prososial
Tingkah laku prososial adalah tingkah
laku sosial positif yang menguntungkan, yang ditujukan bagi kesejahteraan orang
lain sehingga menjadikan kondisi fisik dan psikis orang lain menjadi lebih
baik, selain itu tindakan prososial dilakukan atas dasar sukarela tanpa
mengharapkan reward eksternal. Tingkah laku menolong ialah tingkah laku yang
memberi faedah atau keuntungan kepada orang lain. Pertolongan yang diberikan
mungkin hanya pertolongan biasa seperti memberikan tempat duduk yang sedang
anda duduki kepada orang tua yang berdiri di samping anda.
Tingkah laku prososial merujuk kepada
tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong atau memberi faedah kepada
individu atau individu yang lain (Eisenberg and Mussen 1989, ms 3). Merujuk kepada
tindakan tersebut berbanding motivasi yang berhasil antara tindakan tersebut.
Tingkah laku prososial melibatkan berbagai aktiviti seperti berkongsi
menyelesaikan masalah orang lain, penyelamat dan penolong. Selalunya tingkah
laku prososial dikelilingi dengan altruisme. Tingkah laku prososial merujuk
kepada bentuk-bentuk aktiviti manakala altruisme adalah motivasi untuk menolong
orang lain dengan niat yang iklas dan memenuhi keperluan orang lain tanpa
mengira bagaimana tindakan tersebut akan memberi faedah kepadanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar